dr norziah othmanBismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM) telah menjadi salah sebuah daripada lima fakulti di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang melahirkan ramai golongan professional ulul albab yang disegani di rantau ini. FPM ditubuhkan pada 15 Februari 1995 dan sejak dari awal penubuhannya, ia yang dikenali sebagai Sekolah Pengurusan Perniagaan (SPP) hanya menawarkan program pengajian diploma berasaskan pentadbiran perniagaan. Namun pada tahun 2004, SPP telah ditukar namanya kepada Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM).

Selari dengan perkembangan pesat pendidikan semasa, FPM telah mengorak perubahan dengan menawarkan lebih 20 program pengajian berprestij bagi semua peringkat pengajian daripada diploma, prasiswazah sehingga kepada pascasiswazah. Fakulti bermatlamat melahirkan graduan yang cemerlang akademik dan sahsiahnya agar dapat menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat seiring dengan visinya untuk memartabatkan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia yang mendapat keredhaan Allah.

Ayuh! Ambillah kesempatan dan peluang ini untuk menyambung pengajian di KUIS dan FPM khususnya bagi meneruskan legasi kecemerlangan dalam pendidikan tanpa sempadan. Sesungguhnya FPM sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda yang menekankan pendidikan bersepadu demi mencapai kecemerlangan unggul di dunia mahupun di akhirat.

Sekian, terima kasih.
DR. NORZIAH OTHMAN
Dekan,
Fakulti Pengurusan dan Muamalah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor