20 Februari, Gontor, Indonesia: Mahasiswi KUIS, Nurul Nadhirah Nor Azni telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dalam Call for Paper Competition bersempena FEM Fest di Unida, Gontor, Indonesia.

Pertandingan yang melibatkan sepuluh penyertaan dari Malaysia seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS yang masing-masing menghantar dua penyertaan saling berentap dengan enam penyertaan lagi dari universitas seluruh Indonesia termasuk Unida, Gontor. Pendedahan menulis dan membentangkan kertas kerja yang berdasarkan kepada beberapa tema Finance, Economics and Management ini merupakan seminar yang julung-julung kali diadakan oleh pelajar buat pelajar. Pengalaman bermakna yang dikutip bagi menghasilkan kertas kerja berilmiah ini amat digalakkan dan perlu diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

KUIS yang diwakili oleh Nurul Nadhirah Nor Azni (15BB03036) dengan kertas kerja bertajuk ‘Establishment of Halal Frameworks and Government Authorities: A Catalyst to Malaysia’ Welfare’ memenangi tempat kedua dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai Rupiah 1.5 juta (RM400). Manakala seorang lagi pembentang dari KUIS iaitu saudara Muhammad Afiq Omaruddin (16BB01020) dengan kertas kerja bertajuk ‘Halalification of Tourism in Asean Perspective’ telah mendapat tempat keempat dalam pertandingan yang sama.

2019 02 20 012019 02 20 02