PROFIL

intro

Fakulti Pengurusan dan Muamalah bermula pada tahun 1995 yang dahulunya dikenali dengan  nama Sekolah Pengajian Perniagaan.  Pada peringkat permulaan, fakulti ini beroperasi di bangunan sementara Sekolah Agama Menengah Tungku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor.  Pada tahun 2000 operasi fakulti berpindah ke Kampus Induk di Bandar Seri Putra, Bangi.  Selepas tertubuhnya Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2004, nama fakulti ditukar kepada Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM).

Fakulti Pengurusan dan Muamalah kini mempunyai 3 jabatan iaitu:

  • Jabatan Perakaunan & Kewangan
  • Jabatan Ekonomi & Pengurusan
  • Jabatan Bahasa Inggeris & Komunikasi

Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM) berazam untuk melahirkan dan menyediakan professional muslim yang berkebolehan dan berdaya saing dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti perbankan, perakaunan, ekonomi, pengurusan perniagaan dan pengurusan potensi insan. Graduan fakulti ini diharapkan mampu memimpin masyarakat dalam pelbagai bidang muamalat berlandaskan prinsip dan ajaran Al-Quran.

  BAHASA PENGANTAR

Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.