PENGUMUMAN

 Bagi pelajar SESI I 2019/2020

Tarikh akhir penghantaran laporan akhir dan log book adalah seperti berikut:

Tarikh Tamat Latihan Industri Tarikh Penghantaran Laporan & Logbook
2 Ogos 2019 16 Ogos 2019
30 Ogos 2019 13 September 2019
1 November 2019 15 November 2019

 

PENGUMUMAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI II 2019/2020

 

Assalammualaikum W.R.T.

Memandangkan tempoh LI akan bermula pada 04 November 2019, berikut beberapa pemakluman dan peringatan yang perlu para pelajar ambil maklum.

  1. ada hari melapor diri, sila bawa dokumen-dokumen penting seperti IC, kad matrik pelajar dan answer form / surat tawaran syarikat.

  2. Pelajar juga perlu menyerahkan borang REPORT DUTY NOTIFICATION kepada penyelia industri anda untuk diisi. Borang ini perlu diemel/fax/pos kepada saya dalam tempoh 14 hari selepas LI bermula.

  3. Sila patuh dengan segala arahan dan peraturan syarikat dan penyelia anda.

  4. Cuti adalah tertakluk sepenuhnya kepada kebenaran syarikat. KUIS tidak memperuntukkan sebarang cuti untuk pelajar yang sedang menjalani LI. Sekiranya pelajar diberikan cuti oleh pihak syarikat atau mengambil cuti sakit, melebihi 6 hari, pelajar wajib mengganti lebihan cuti tersebut (sila rujuk garispanduan LI,KUIS).

  5. Buku log perlu dikemaskini setiap hari dan ditulis menggunakan BAHASA INGGERIS KECUALI PROGRAM DIPLOMA KOMUNIKASI & ISM KOMUNIKASI PENYIARAN.

  6. Pelajar perlu memastikan tempoh LI adalah MENEPATI TEMPOH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH FAKULTI. Sekiranya berlaku penamatan tempoh LI awal, atau apa-apa keadaan yang menyebabkan pelajar perlu tamat awal, pelajar WAJIB MEMAKLUMKAN PERKARA INI KEPADA KETUA JABATAN LI FPM. Sekiranya didapati pelajar GAGAL memenuhi tempoh yang telah ditetapkan, pihak Fakulti berhak menggagalkan LI pelajar tersebut.

  7. Pihak Fakulti sentiasa bekerjasama dengan pihak industri dalam usaha memantau semua pelajar. Maka diharap para pelajar dapat memberikan komitmen yang terbaik semasa LI berlangsung.

  8. Pelajar TIDAK DIBENARKAN untuk menukar tempat LI selepas tempoh LI bermula TANPA PENGETAHUAN DAN PERSETUJUAN KETUA JABATAN LI FPM.

  9. Sebarang masalah atau kerumitan SERIUS yang dihadapi, para pelajar boleh merujuk terus kepada Ketua Jabatan LI, FPM.

  10. Mohon semua pelajar sentiasa cakna dan peka dengan setiap maklumat yang saya sampaikan melalui saluran WEBSITE FAKULTI, WHATSAPP, ataupun TELEGRAM.

Semoga maju jaya semuanya. Kekalkan keperibadian yang baik dan berakhlak mulia serta sentiasa berkeyakinan tinggi semasa LI berlangsung.

NORAINI SHAMSUDDIN
KETUA JABATAN LATIHAN INDUSTRI, FPM.