Remaja adalah golongan pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka merupakan tunjang yang bakal menggerakkan kemajuan dan kecermerlangan negara pada masa akan datang. Atas faktor ini, maka mahasiswa semester 3 dan 4 Diploma Pengurusan Sumber Manusia dan kumpulan mentoring di bawah seliaan Encik Azharuddin Bin Hashim selaku mentor telah menganjurkan suatu program khidmat masyarakat di Maahad Tahfiz At Tayyibah, Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor. Program yang berlangsung selama setengah hari iaitu pada 8 September 2018 ini adalah bertujuan meyumbang khidmat bakti di samping merapatkan ukhuwah dengan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz tersebut.

Seramai 26 orang pelajar tahfiz pelbagai peringkat umur antara 6 hingga 18 tahun dan kesemuanya lelaki turut serta dalam program yang melibatkan aktiviti dalam kumpulan, sesi perkongsian antara pelajar KUIS sendiri berkaitan pembelajaran dan diakhiri dengan gotong royong membersihkan kawasan sekitar maahad tersebut. Sambutan yang menggalakkan diterima daripada pelajar-pelajar tahfiz ini. Kerjasama baik yang diberikan oleh pihak pentadbir di maahad ini banyak membantu kelancaran aktiviti yang dijalankan dan yang paling penting pelajar selaku peserta program berupaya mencakna ilmu yang dikongsi dengan berkesan. Program ini secara tidak langsung turut mendedahkan mahasiswa dan mahasiswi KUIS agar mengambil peluang ini dengan cuba berkomunikasi dengan baik di smaping berjinak-jinak dengan kerja amal.

semarak kasih 01semarak kasih 02semarak kasih 03semarak kasih 04semarak kasih 05